Pada 18-21hb November 2011 yang lepas, saya, suami dan ibu mertua mendapat kesempatan utk melawat ke bumi Acheh, Serambi Makkah yang menyaksikan ratusan ribu manusia lenyap dek kerana Tsunami. Mula-mula, mak mertua yang ajak saya ikut rombongan ini untuk menemaninya. Saya pun setuju dgn keizinan suami..lastly, suami plk x sampai hati melihat saya dan mak mertua pergi tanpa saudara lelaki. Dia pn nekad follow rombongan yg seramai 60 org ini.
18/11/2011 (Jumaat)
Kami bertolak dari LCCT ke bumi Acheh. Rasa takut plk sebab dh lame x naik kapal terbang ditambah dgn mimpi yg bukan2 beberapa hari lepas. Sepanjang perjalanan saya membaca ayat2 pendinding sebab takut sgt2..huhu..sebelah sy pula Pn Zarinah, businesswoman kerepek di Sepang. Dia pn salah seorang dari peserta rombongan ni. Dapatlah berborak2 dgnnya sampai ke lapangan terbang Acheh. Tiba di Acheh dalam pukul 5.10 petang waktu tempatan. Sampai2 dah nk Maghrib. Kami pun pergi makan malam di Restoran di sini. Kerana kelaparan, semua org makan dgn penuh selera. Mak mertua yg mmg cerewet bab makan pn boleh makan di sni. Kemudian, kami pun bertolak ke tempat penginapan kami di Hotel Sultan. Lupa nak cerita, tourist guide kami bernama Azwar. Mlm ni hanya acara bebas. Sy dan husband pn berjalan2 sekitar hotel di sana.
19/11/2011 (Sabtu)
Pukul 9.00 am selepas breakfast. Kami pn naik bas dan pergi ke sebuah kampung yang berdekatan dgn sungai dan laut. Kawasan ini juga terjejas kerana keganasan tsunami. Di sini, dapatlah kami melihat kapal nelayan yang betul2 terletak di atas bumbung sebuah rumah.. Subhanallah.. selama ini hanya lihat di internet atau gambar. Sekarang, betul2 berada di depan mata. Sungguh rasa keinsafan tiba apabila melihatnya. Bagaimana kelajuan dan kekuatan ombak tsunami sehinggakan kapal besar tersebut boleh mendarat di atas rumah penduduk tersebut. Hanya mereka yang merasainya dan melihatnya yang tahu. Menurut penduduk yang kami temui, pemilik rumah tersebut dan anggota keluarnya terselamat kerana dapat naik ke atas kapal tersebut. Menurutnya lagi, pemilik rumah itu mmg membiarkan kapal tersebut di atas rumah tersebut sementara mereka berpindah ke tempat lain utk memberi pengajaran, iktibar dan disaksikan oleh generasi seterusnya. Lama juga kami di sana dan bergambar.
Kemudian, kami pergi ke sebuah makam wali Allah iaitu makam Syeikh Abdurrauf bin Ali al Fansuri atau lebih dikenali sebagai Syeikh Kuala. Dipanggil kuala kerana kampong ini bernama kuala. Beliau meninggal dunia pada usia 105 tahun. Almarhum menjawat jawatan sebagai qadi di daerah Acheh Darussalam bermula dari pemerintahan para Ratu. Mengimbau sejarah lalu, 59 tahun Acheh diperintah oleh para Ratu. Sememangnya pemerintahan di bawah Ratu, tetapi pada hakikatnya, yang mengendalikan tampuk pemerintahan ialah para ulama’. Nama almarhum juga diabadikan di Universitas Syiah Kuala (UNSYIAH) utk mendidik mahasiswa supaya berperibadi mulia.
Kedudukan maqam ini sangat dekat dengan laut. Malah, selepas tsunami, laut bertambah dekat dengan maqm Syeikh Kuala ini. menurut kepercayaan penduduk tempatan, jika laut semakin dekat dengan maqam Syeikh Kuala, bermaksud kiamat juga smkn dekat. Wallahua’lam..siapalah kita utk meramal kdtgn kiamat. Ini hanyalah kepercayaan mrk. Kami bertemu dengan Pak Wahid, penjaga maqam ini. penjaga maqam ini pula tidak boleh berpindah milik selain drpd keluarga Pak Wahid ini. Menurut Pak Wahid, ketika tsunami, seluruh bangunan di maqam ini telah rosak. Tetapi, keadaan maqam ini tidak terjejas pun. Seolah-olah terpelihara daripada terkena air. Mengikut cerita, maqam ini seolah-olah terangkat dan tak terkena arus ketika tsunami. Tetapi, bak kata Pak Wahid, hanya cerita shj. Beliau tak pula menyaksikannya. Tetapi, yang pasti, air perigi yang berada berdekatan pintu masuk ke makam ini kekal berasa tawar selepas keadaan tsunami. Walaupun telah tenggelam bersama-sama bah tsunami. emmm,menarik bukan? Fikir2kanlah dan selamat beramal..heheh..
Kemudian, kami menuju ke sebuah lagi tempat di mana kapal minyak yang sebesar-besar alam terdampar di daratan. Fuh, memang besar..mcmna kuat la arus tsunami boleh bawa kapal segedabak besar tersebut ke tengah daratan. Tp,malangnya, semasa kami pergi, mereka tgh buat renovation. Jd, tak dapatlah kami naik ke kapal tersebut dan bergambar. Hanya melihat dari jauh sahaja.
11.35 am, panas terik. Kami melawat ke perkuburan masal..ape maksud masal? Masal bermaksud beramai-ramai..jadi, kita kan pernah tgk sinetron kat astro bertajuk kawin masal. Maksudnya kahwin beramai-ramaila tu. Ok, stop.skrg kita pergi ke perkuburan masal di mana perkuburan besar ini menempatkan mayat2 mangsa tsunami yang tak dikenali/ dituntut. Mayat2 di sini dijumpai masih utuh lg keadaanya tp tidak dituntut dan tidak dikenali agama mrk semuanya dikuburkan beramai-ramai. Ada lagi perkuburan masal yang kami pergi. Ttp perkuburan tersebut menempatkan mayat2 mangsa tsunami yang telah bercerai anggota2 badan mereka. Mereka juga tidak dikenali asal-usul dan agama. Semuanya ditanam beramai2. Dan di Acheh ini terdapat byk perkuburan masal natijah daripada tsunami. MasyaAllah.. bayangkan dianggarkan 250 000 mangsa tsunami terbunuh. Bagaimana nak menguruskan mayat2 mereka sedangkan mereka semua dalam keadaan kebingungan dan mencari ahli keluarga sendiri. Dikatakan, setelah sebulan kejadian, mayat2 masih lg tidak habis terangkat. Allahu Akbar..jauhkanlah daripada malapetaka seperti ini Ya Allah… Ampunkanlah kami ya Allah..
Kami makan tengahari dan merasa masakan Acheh. Kemudian, kami pergi ke Masjid Baiturrahman. Masjid paling cantik di Banda Acheh . Masjid ini juga terjejas akibat tsunami sepertimana kita pernah tgk di dalam CD/ internet atau media massa yang lain. Kami pun solat di sana dan bergambar kenangan. Selepas itu, kami ke pasar Acheh, shopping!! Tp apela sgt yg ada di bandar yg baru nak membangun.. kami bershopping seadanya..kemudian kami balik ke hotel. Badan semua penat akibat panas terik di luar. Berehat di hotel dan mlmnya, kami keluar makan.
20/11/2011, Ahad
Selepas breakfast, rombongan pergi ke rumah Anak yatim di sini. Di Acheh, terlalu banyak rumah anak yatim tumbuh selepas tsunami. Anak –anak yang kehilangan ibu bapa diberi penjagaan dan pendidikan yang sempurna di sini. Tetapi, rumah anak yatim yang kami lawati ini berlainan dengan yang lainnya kerana selain pendidikan akademik, mereka diberi peluang untuk menjadi tahfiz di sini. Kami berjumpa dengan ustaz Shafie iaitu pengelola rumah anak yatim ini. bangunan ini dibina pada tahun 2005 untuk anak-anak pegawai yang kehilangan ibu bapa selepas tsunami. Tetapi tiada pula yang mendaftar. Jadi, ianya dibuka pada sesiapa sahaja anak yatim yang mempunyai semangat untuk belajar. Selain daripada menghafal al-Quran dan akademik, mereka juga diajar matapelajaran Bahasa Arab dan fardhu Ain. Aktiviti lain ialah bersiar-siar, riadah di laut, sungai dan bermain futsal untuk memberi keseronokan kepada mereka. Bangunan ini dirasmikan pada tahun 2010 dengan penghuni anak yatim seramai 21 orang dan guru seramai 4 orang. Di sini penghuninya hanya lelaki shj yang berumur daripada 10-18 tahun.
Kami semua bergambar dengan mereka. Ternyata, airmata tumpah juga apabila melihat wajah-wajah sugul mereka. Ada diantara mereka mengalami trauma yang cukup dahsyat apabila ibubapa mereka mati ditembak di hadapan mereka sendiri ketika Acheh bergelojak untuk mendapatkan kemerdekaan daripada Indonesia. Sungguh besar dugaan mereka. Sedih melihat mereka semua. Semoga mereka dapat menjalani liku-liku hidup dengan sabar dan menjadi hafiz al-Quran yang berjaya..Amin..
Kemudian, kami menuju ke Muzium Tsunami yang baru sahaja siap dan dibuka. Kami melihat bagaimana keadaan Tsunami dengan melihat gambar-gambar , video dan replika yang terdapat di dalam muzium ini. tetapi, mungkin kerana baru, tidak banyak yang dapat kami lihat. Mungkin selepas ini banyak pengisian yang mereka boleh muatkan di dalam muzium tersebut.
Seterusnya, kami lunch di Restoran Bunda. Perut dah berkeroncong minta diisi. Jadi, kami pun makan tanpa menoleh kiri dan kanan..lapar sgt..hihi..
Then, kami dibawa ke sebuah daerah di Acheh.. kami menuju ke pantai yang mana di pantai tersebutlah diceritakan bahawa tentera-tentera mengadakan pesta di sana. Dikhabarkan, kesemua tentera-tentera tersebut mati natijah terkena bah tsunami. Sebelum sampai ke pantai tersebut, kami melalui kem tentera. Tentera di dalam kem tersebut juga mati. Terdapat sebuah kilang simen yang gah, besar dan konkrit. Tetapi, siapa yang mampu melawan kuasa Allah. Kilang simen tersebut juga musnah sama sekali dan pekerja-pekerja juga mati lantaran tidak sempat menyelamatkan diri kerana jarak laut dengan kilang amat dekat sekali.
Kami pun makan jagung bakar yang sedap dan manis sambil mendekati kawasan pantai. Ramai juga orang yang mandi-manda. Saya sendiri gerun dan rasa nak balik cepat sebab terbayang jika tsunami sampai, ke mana kami nak pergi??? Huhu..
Mengikut cerita peniaga jagung di sana, ketika ombak sampai, ada bunyi yang kuat seperti bom. Semua yang berada di pantai bertempiaran lari menyelamatkan diri, tetapi sekelip mata mereka ditelan ombak ganas tsunami. Peniaga tersebut terselamat kerana anaknya yang kebetulan naik ke atas bukit pada hari tersebut telah menelefonnya dan mengarahkannya naik ke atas bukit berhampirn kerana anaknya telah nampak ombak naik dari tengah laut ketika berada di atas bukit. Menurutnya, ombak yang datang memang tinggi, tak dapat dibayangkan bagaimana keadaan tersebut.. Subhanallah..
Kemudian, kami menuju ke Masjid Lampu’uk dan solat jamak takhir di sana. Masjid Lampu’uk ini terletak hanya 400m daripada pantai tetapi selamat daripada tsunami. Tetapi, seluruh rumah penduduk kampong ini musnah sama sekali. Yang tinggal hanyalah masjid ini. mungkin itulah kekuasaan yang Allah tunjukkan kepada kita. Daripada 8000 penduduk, yang tinggal hanyalah 500 orang. Memang sunyi sepi kampong ini. Perkampungan ini telah dibina kembali dan dibantu oleh Bulan Sabit Merah Turki.
Tak sangka, selama ini tengok di TV dan internet, akhirnya, sampai juga di Masjid Lampu’uk, satu-satunya bangunan yang selamat di kampong ini daripada ancaman tsunami. Setelah melalui hari yang cukup padat, kami pun pulang ke hotel.
Malamnya, selepas makan malam di Restoran Istana, kami melawat pelajar Malaysia di Acheh. Kami pergi ke pusat perkumpulan mereka iaitu Persatuan Pelajar Malaysia di Indonesia. Kami pun minum-minum dan beramah mesra dengan mereka yang sememangnya ramah. Semoga mereka dapat menyempurnakan pengajian mereka dan dapat berbakti di tanah air nanti. Balik ke hotel, my husband ajak kuar makan sate. Kami pun keluar makan yang dinamakan Rex.
21/11/2011, Isnin
8.30 am, kami check out dari hotel Sultan. Kemudian bertolak menuju Mahkamah Syariah Acheh. Hari ini tak banyak melawat. 11.30am kami sudah dibawa makan tengahari. Pukul 12.30 pm kami sudah sampai ke airport..wasting time kat sane sebab flight 5.45pm ke LCCT. Argh, penat menunggu. Sambil tu, shopping beg kat airport sane. Nak masuk kapal terbang, terserempak plk dengan kumpulan Raihan yang kebetulan baru selesai membuat persembahan di Acheh dan juga artis Nabila Huda yang baru lepas scuba diving kt salah sebuah pulau di Acheh ini. 8.25 pm, sampai ke LCCT. Alhamdulillah…
Begitulah sedikit sebanyak cerita yang dapat disampaikan sepanjang lawatan ke bumi tsunami, iaitu Acheh ini. bersama-samalah kita memohon kepada Allah semoga Negara kita tidak ditimpa bencana tsunami dan bencana2 yang lain. Tetaplah kita hidup aman damai di bumi Malaysia ini..amin..
Entry akan dtg sy akan mskkan pic2 Acheh yg lebih banyak yer=)
0 comments:
Post a Comment