Rasenye agak Lewat tulis entry ni coz cuti sekolah dah lame bermula..tp baru skrg sempat menaip..ok, pd 12/11/10 adalah hari terakhir sesi pengajian di Akademi Tahfiz Darul Huffaz Kota Damansara.bermakna dah hmpir setahun adah menjadi seorang guru aka ustazah di Akademi..satu profesion yg x penah dijangkakan menjadi 1 kenyataan..mgkin berkat doa mak yg ignkan anknye jd guru mewarisi arwah abah dan jg dirinya.
Pada awal penglibatan jd seorang pendidik, rasenye sggh byk cabaran.mendidik kanak2 spy pandai mengaji al-Quran dan mendekati pelajaran asas2 fardhu ain amat memerlukan kesabaran.tambahan pula, pengajian di universiti xder kena mengena dgn pendidikan.Apatah lg pendidikan utk sekolah rendah beraliran agama.
Akademi Tahfiz ni jg diasaskan oleh suami sy sendiri, Ustaz Ahmad Lutfi b. Abd Wahab al-Linggi. so, saye si offer olehnye utk mengajar memandangkan pd mase 2,sy memang duk goyang kaki coz baru shj graduate from IIUM. so,dgn langkah kaki yg sedikit berat n sedikit laju (ikhlas x ikhlas), saya menjadi pendidik di akademi..
beberapa bulan selepas 2, sy tersedar..ikhlaskan hati utk mendidik anak2.spy ilmu yg dicurahkan akan meresap dgn lebih baik dlm diri kanak2.sy tersedar kesilapan sy.cpt2 sy beristighfar.apatah lg ini jln yg baik utk menolong dakwah suami tercinta..dugaan dr luar jg amat menyesakkan hati.melihat kwn2 bekerja, interview sana sini,sumenyer menjadikan ku lupe sebentar akan tujuanku.begitulah imanku yang bergelar manusia.kdg naik,kdg turun.diriku hanya manusia biasa.tetapi,akan kuteruskan perjuangan ini.kerana, hasilnya sgt memuaskan hati bile anak2 murid memahami ape yg diajarkan dan bacaan al-Quran serta hafazan anak2 murid makin hari makin bertambah baik. alangkah suke hati ini bile dpt membetulkan bacaan al-Quran mereka. mengajar kalam Allah pada anak2 murid menjadikan ku rase tenang. apatah lg berkerja dgn suami sendiri. dpt bertukar2 pendapat dalm memperbaiki mutu sekolag yg baru shj berusia setahun lebih.umpama seorang bayi, semoga perjalanan dakwah kami lebih baik dr semasa ke semasa..
Akademi Tahfiz Darul Huffaz jg akan bertukar nama pd tahun hdpn. slps ini akan dikenali dgn Maahad Tahfiz Darul Huffaz (MATADAHU). pada masa skrg tlah mempunyai murid seramai 30 orang yg terdiri drpd kanak2 berusia 5-17 tahun.pelajaran di sini menekankan pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain disamping menekankan hafazan al-Quran.setakat ini, murid yang menunjukkan prestasi cemerlang telah menghafal dekat 3 juzuk al-Quran.Alhamdulillah.walaupun sekolah ini beroperasi separuh masa n tidak berasrama,tetapi,anak2 mampu menghafal dgn baik.
di bawah sedikit gambar semasa hari terakhir sekolah kami:
pic mrd2 sekolah kami.yg x beruniform 2, pelajr baru masuk.baju xsempat siap lg..
bacaan al-Quran diperdengarkan oleh anak2 murid
ruang kelas MAAHAD TAHFIZ DARUL HUFFAZ
Muke anak2 yang x berdosa n bakal tahfizah,insyaAllah..
DOAkan usaha dakwah kami berterusan dan dditetapkan hati kami utk menegakkan agama-Mu ya Allah..semoga anak2 didik kami berjaya di masa akan dtg..doakan jg kami dapat membina sekolah yg lebih besar n berasrama spy anak2 lebih menumpukan pengajian hafazan n mendapat santapan rohani yg lebih baik..ameen ya Rabb..
0 comments:
Post a Comment