Thursday, March 29, 2012

..Mutiara Hikmah..

MANUSIA TERBAHAGI KEPADA EMPAT GOLONGAN;

  • Pertama: Orang yang tahu dan tahu bahawa dia tahu, itulah orang yang pandai. Maka, ikutilah dia.
  • Kedua: Orang yang tahu tetapi tidak tahu bahawa dia tahu, itulah orang yang lalai. Maka, ingatkanlah dia.
  • Ketiga: Orang yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu, itulah orang yang sedar diri. Maka, ajarilah dia.
  • Keempat: Orang yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu, itulah orang yang bodoh. Maka, tinggalkanlah dia.
Maka, mana satu tahap kita? fikir-fikirkan dan selamat beramal. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan lalai dan rugi. Amin..=)

Wednesday, March 28, 2012

iphone 4s idamanku..

iphone 4 s yg menjadi idamanku..Alhamdulillah, dh tercapai, tq to my hsbnd=)

Alhamdullillah, selama ni tgk org pakai jer...main touch2 jer skrin dier.. now, dh dapat.. tp dh lame dh beli. Dalam bulan Januari lagi...

Tp, al-kisah..isk2.. hp pintar yg mcm ni xdpt sy gunakan utk download segala game, x leh nk ber 'fb' ingggg... dr celik mata sampai tutup mata, xdpt nk ber 'whatsapp' n lain2 lg disebabkan kegagalan nk daftar acc yg menggunakan no visa..isk..isk..sedih.. selama 3 bulan ni la hp yg canggih setakat hari ni digunakan sbg hp biasa iaitu: buat panggilan, terima panggilan, ber 'sms', n kdg2 bukak fb dan youtube sbb nsb baik ader data plan.. hihi...

Sampailah mlm td, kakak ipar (k. Nurul) call n ajarkan mcmana nk daftar n blh download mcm2.. try punye try dan selepas bergayut dgn k. Nurul lbh krg 20 minit, barulah berjaya..

Dan...barulah rase nikmat ader iphone sbb blh download mcm kt hp nih..haha, kesian kt diri sendiri yg baru 'celik iphone' nih..

dr mlm td sampai la ni x habis2 men 'download' sgl mcm game..hish, ape nk jd..sampaikan dh overload dh using internet.. ok, nak sambung main game la plk..

Wassalam.. =)

Tuesday, March 27, 2012

Pictures in Aceh Darussalam

Kami naik ke Air Asia utk ke Aceh..

Alhamdulillah.. telah sampai di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda

Sebaik sampai, kelaparan, kami semua makan sampai licin..

Menginap di Sulthan Hotel

Sempat bergambar atas beca

Melawat tempat kapal nelayan yang tersangkut atas rumah penduduk..

bergambar kenangan bersama rombongan

Subhanallah.. hanya Allah penolong kita di kala kesusahan

bergambar di tugu kapal tsunami

Abang di makam Syeikh Abdurrauf

Snap2 info berguna

Di perkuburan masal (kubur beramai-ramai). Mangsa tsunami dikuburkan disini.

Di hadapan perkuburan masal

Masjid terindah di Banda Aceh.. Masjid Baitur Rahman yang terselamat drpd tsunami

Di sinilah ramai mangsa tsunami melarikan diri dan tempat mendapatkan perlindungan

Di hadapan Maahad yang menempatkan anak-anak yatim mangsa tsunami dan peperangan

Bersama sebahagian anak-anak yatim

Semoga berbahagia dan menjadi hafiz di sini

Sayu wajah anak-anak ini

with mak mertua n the gang=)

Melawat "Rumoh Aceh"

Bergambar kenangan bersama ahli rombongan

mak mertua posing di dalam rumah Aceh

Mak n the gang

em, cantik pintu rumah ni..

Pintu masuk rumah Aceh dr bawah/ lantai tau..bukan mcm pintu rumah kiter.....

S.E.N.Y.U.M

Sempat minum air pop ice

Loceng besar ni dah tua usianya..pemberian drpd Maharaja Cina

Muzium Aceh..baru shj dibuka utk org ramai..

Replika Masjid yang terselamat dr tsunami.. Kuasa Allah.. Subhanallah..

Agaknya, beginilah tingginya ombak ketika tsunami..nau'zu billahi min zalik..

dah penat jln2 kt dlm muzium..

Bergambar kenangan wif mak

Di pantai yg menjadi pantai terawal menerima bencana tsunami.. gerun..

Kt cni ade jagung bakar manis..sedap sgt!!

Ade saksi mengatakan ombak setinggi bukit di belakang sy.. hanya Allah menjadi penyelamat..

Ombak yang tenang jgn disangka tiada tsunami..



Gerun melihat ombak melanda pantai..rase nak balik cepat..huhu




masjid Lampu'uk..antara yg terselamat w/pun jarak dgn pantai hanyalah beberapa meter shj

Bekas kerosakan akibat tsunami memang sengaja tidak dibaiki..sbg pengajaran utk semua..





Say good bye.. bersama our tour guide, Mas Azwar..
Menanti flight utk balik ke KL..selamat tinggal Banda Aceh..


Mengembara di bumi Aceh memberi seribu satu pengajaran buat kami.. ini hanyalah entry bergambar.. jika inginkan penerangan, bolehlah membaca entry sebelum ini yang bertajuk "Bertualang di Bumi Aceh".

Wassalam..