Thursday, August 5, 2010

Khutbah Rasulullah saw pd hari terakhir Sya'ban..


Rasulullah saw berkhutbah pd hari terakhir Sya'ban sebagaimana sabdanya:

"Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya tlh menghampiri kalian, bulan yg agung, bulan yg diberkati dan bulan yg terdapat padanya satu malam yang lebih baik drpd seribu bulan (LAILATUL QADAR). Allah menjadikan puasa pd bulan tersebut suatu kefardhuan & solat pd malam nya suatu perkara yang disunatkan. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kpd Allah pd bulan tersebut dgn satu jenis kebaikan, maka dia seolah-olah menunaikan satu kefardhuan pd bulan yg lain. Sesiapa yg menunaikan satu kefardhuan pada bulan tersebut, maka dia seolah-olah menunaikan 70 kefardhuan pd bulan yg lain. Ia merupakan bulan kesabaran dan kesabaran dibalas dgn ganjaran syurga, bulan melakukan kebaikan & bulan bertambahnya rezeki bg org yg beriman.

Sesiapa yang menjamu org yg berbuka puasa pd bulan tersebut, akan dikurniakankeampunan, dikurniakan pembebasan dr neraka & mendapat pahala sepertimana pahala org yg berpuasa tersebut tanpa dikurangkan sedikit pun balasannya."

Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah saw! tidak semua drpd kami mempunyai sesuatu utk dihidangkan kpd org yg berbuka puasa?"

Maka Rasulullah saw bersabda, "Allah swt jg mengurniakan pahala ini bg org yg menjamu org yg berbuka puasa dgn sebiji tamar, atau seteguk air, atau sekali hisapan susu.

Bulan ini, awalnya ialah rahmat, pertengahannya ialah maghfirah dan penghujungnya ialah pembebasan dr neraka.

Maka sesiapa yg meringankan kerja pekerjanya pd bulan ini, nescaya Allah swt mengampunkan dosanya & membebaskannya dr neraka.

Hendaklah kalian memperbanyakkan pd bulan ini 4 perkara: 2 perkara yg menyebabkan Tuhan kalian meredhai kalian & 2 perkara yang kalian amat perlukan. 2 perkara yg menyebabkan Tuhan meredhai kalian ialah menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sentiasa memohon keampunanNya. Manakala 2 perkara yg kalian perlukan ialah kalian memohon syurga kpd Allah & berlindung denganNya dr neraka.

Sesiapa yg mengenyangkan org yg berpuasa, nescaya Allah memberikan kepadanya dr telagaku minuman yg tidak menghauskan sehinggalah dia memasuki syurga. Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah, al Baihaqi & Abu al Syeikh Ibnu Hayyan.

selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1431H

0 comments:

Post a Comment